This article is written by SHANJHEY KUMAR the director of Tupariyum Puli Documentary- Drama.
SEBAB 1.SARINGAN IDEA
Sebelum mengemukakan idea kepada pihak RTM,Pihak penerbit akan meminta pengarah kreatif/Penulis skrip untuk memberikan idea mereka.Sepatutnya idea dari pihak kreatif harus disampaikan kepada panel RTM,tetapi pihak penerbit yang selalunya terdiri dari golongan usahawan,peniaga yang selalunya tidak/kurang pengalaman/ latar belakang kreatif akan menyaring idea dan menokok tambah mengikut pengetahuan/ego mereka,maka idea yang baik akan tersaring di peringkat awal lagi yakni sebelum sampai ke penilaian oleh panel RTM.
Senario ini wujud kerana pihak Penerbit selalunya akan menuduh RTM berfikiran konservatif dan tidak akan mengalu-alukan idea-idea yang baru.Mengapa tidak berikan idea yang sama / lapuk sahaja.Bukankah senang mendapat kontrak? Itu pendapat mereka.Ini juga merupakan sebab mengapa genre dan konsep –konsep baru jarang ditemui menerusi saluran RTM.
Manakala pihak RTM pula menginginkan idea idea yang baru.Tetapi sejauh mana RTM mengalu-alukan idea –idea baru ? Ada juga segelintir panel yang matang yang menggalakkan idea idea baru,dan sebaliknya ada juga panel yang bersikap pilih kasih diatas sebab sebab tertentu.
SEBAB 2.PENGHANTARAN MESEJ SECARA LANGSUNG YANG MEMBOSANKAN
Kebanyakkan rancangan RTM menghantar mesej kerajaan secara terus terang.Walaupun kita sedar RTM mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi,namun tidaklah bermakna mereka perlu memberikan mesej secara bulat bulat.Penerbitan kandungan sepatutnya bersifat lebih indirect mesej.Contohnya katakan kita ingin memperkenalkan budaya permainan Kabadi,tanpa menerbitkan rancangan dokumentari yang serius mengenainya ,kita boleh menyelitkan unsur permainan secara ringkas dan bersahaja.Bayangkan bagaimana Jepun mempromosikan kuih Dorayaki menerusi rancangan kartun Doraemon dan bagaimana Hollywood mempromosikan “Pop Corn” melalui filem filem mereka.Mereka tidak menyiarkan dokumentari serius mengenai “Dorayaki” dan “Pop corn” namun mereka berjaya mendidik kita mengenai kewujudan makanan mereka.Jikalau mereka boleh,mengapa tidak kita ?
SEBAB 3.MONOPOLI GOLONGAN VETERAN
Selama beberapa dekad,pihak penerbit dan pihak kreatif terdiri daripada golongan veteran.Golongan ini gagal untuk membaca nadi dan keperluan audiens mengikut perkembangan semasa.Lebih teruk lagi golongan veteran ini membayangkan penggiat seni belia tidak mampu menghasilkan program yang bermutu dan masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar mereka.Inilah agenda yang mereka mainkan untuk terus mendapatkan kontrak dari RTM.Impak kepada golongan belia adalah begitu besar sekali.Semasa saya menuntut di Universiti terdapat seramai 90 siswa mengikuti major perfileman dan penyiaran.Kini kurang dari 10 sahaja yang berada di dalam industri.Ramai pemuda yang begitu berbakat telah hampa dan memilih kerjaya yang berasingan.Di dalam setahun sahaja itu pun dari satu institusi 80 orang bakal pengarah,penerbit,penulis skrip telah hilang ke industri lain.Malah saya masih ingat sewaktu kami mula mula memasuki industri ,kami menjalani kehidupan perit dengan gaji yang cukup sedikit,sedangkan rakan rakan di bidang lain sudah mulai mendapat gaji yang lumayan.Adakah salah kami memilih seni sebagai jalan hidup ? Kami layak mendapat apa yang sepatutnya kami dapat untuk bakat serta minda kreatif kami.
SEBAB 4.MONOPOLI SEGELINTIR PENERBIT TERTENTU
Untuk menjalankan sesebuah syarikat produki,sekurang-kurang 30 jam siaran diperlukan untuk setahun.Ada juga syarikat yang tidak dianugerahkan jam siaran langsung,sebaliknya beberapa penerbit tertentu pula mendapat lebih kurang 500-1000 Jam siaran.Apabila monopoli berlaku,penggiat penggiat seni terpaksa akur dengan bayaran murah dan telunjuk penerbit.Mereka sepatutnya menerbitkan program menggunakan 70% wang peruntukkan RTM,sebaliknya lebih kurang 30% sahaja digunakan untuk menerbitkan program. Monopoli ini berlaku lebih dari 2 dekad.Senario ini telah melahirkan segelintir penerbit yang kaya sedangkan rata-rata penggiat penggiat berada didalam kegawatan.Alasan mereka adalah terpaksa menyogok wang kepada orang di dalam untuk mendapatkan kontrak.Senario ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penggiat seni baik muda / tua. Impaknya telah menjejaskan mutu program TV dan industri secara makro.Ini belum lagi kisah mengenai penerbit yang menyokong penulis skrip dan pengarah yanh kurang matang atau kurang latihan / pengetahun didalam bidang bidang perfileman dan pengetahuan am secara umumnya.Sebabnya mudah ! Kerana mereka murah !
SEBAB 5.PENERBITAN KARYA YANG TIDAK IKHLAS
Saya mendapati kebanyakan penerbit/pengarah hanya menjalankan tugas mereka tanpa rasa bangga dan puas dengan hasil kerja mereka,lebih bersifat memuaskan sesetengah pihak,contohnya penggunaan watak cina / melayu hanya untuk sesebuah babak / segmen sekadar memuaskan hati RTM,Begitu juga dengan penerbitan rancangan bahasa Melayu yang mengambil watak India,Cina sekadar memuaskan hati RTM.Tidak nampak perasaan ikhlas pengarah,penerbit di dalam menjalan tanggungjawab sosial mereka.Karya yang baik adalah karya yang ikhlas dan jujur yang datang dari dalam hati bukan sekadar memuaskan sesetengah pihak.
SEBAB 6.KURANG PENYELIDIKAN
Para penerbit kurang atau boleh dikatakan tidak langsung membuat penyelidikan mengenai apa sebenarnya kehendak para penonton.Malah lebih teruk lagi ada juga penerbit/pengarah yang tidak menonton rancangan TV langsung.Bagaimanakah mereka akan tahu kehendak para penonton dan perkembangan rancangan –rancangan TV tempatan dan luar negara yang lain ? Mereka membuat andaian bahawa penonton pasti suka akan konsep ini,berdasarkan penonton 10 tahun dahulu ataupun menerusi sebuah golongan minoriti yang terasing dari kumpulan penonton majoriti
SEBAB 7.KEKANGAN MASA
Masalah ini merupakan satu lagi masalah yang serius,dimana pihak RTM dengan tiba –tiba akan meminta sesebuah konsep dan produk terakhir di dalam masa yang begitu singkat.Para penerbit pula akan menekan pengarah,penulis skrip untuk menyiapkan karya mereka didalam masa yang begitu singkat.Bukannya kita mahu masa yang lama untuk menyiapkan sesebuah karya,tetapi cukuplah masa yang selesa .Terdapat juga stesen TV swasta yang memberikan masa yang cukup sesuai bagi penerbitan drama,telemovie dan sebagainya asalkan karya terakhir adalah yang bermutu.
SEBAB 8.SLOT / BELT PADA MASA YANG TIDAK SESUAI
Slot rancangan Tamil jatuh pada 5pm-6pm.Hanya suri rumah dan para pelajar itupun pelajar sessi pagi sahaja yang mampu menonton pada waktu –waktu begini.Saya sangsi RTM hanya ingin sekadar memenuhi kuota rancangan Tamil.Mungkin mereka tidak kisah sama ada penonton menontonnya ataupun tidak,yang penting kita dah peruntukkan masa untuk anda.Mungkinkah itu pandangan mereka?
Kita tidak meminta “prime time” tetapi cukuplah masa yang sesuai,ataupun sehari didalam waktu prima.
SEBAB 9.DRAMA DAN PROGRAM VARIASI DARI INDIA
Sudahlah Astro Vanavil dibanjiri oleh drama drama bersiri dari India,RTM pula menyiarkannya.RTM sepatutnya lebih memainkan tanggungjawab sosial membantu penerbit,pengarah dan penggiat seni tempatan.Kalau kita tinjau dari soal rating sekalipun,penonton boleh menonton drama bersiri dari India di saluran Astro Vanavil,jikalau kita ingin mereka menonton RTM,kita perlu gimmick tempatan yang menarik menerusi kandungan kita,memberikan kepada penonton apa yang tidak diberikan oleh saluran TV lain.
SEBAB 10.MASALAH TEKNIKAL
Sejauh mana meriahnya “frame” di kaca TV, para penonton boleh menilai ini adalah rancangan RTM menerusi warna ton nya.Sejauh mana baik para penerbit/Pengarah/Pengarah
CABARAN MASA DEPAN
1.SAINGAN SECARA GLOBAL
• Kini 8TV telah memuatkan rancangan mereka di dalam halaman web mereka,yakni boleh ditonton oleh semua penduduk dunia.Teknologi muat turun kini bergerak dengan begitu pantas.Banyak Stesen TV di seluruh dunia mulai memuatkan rancangan mereka di dalam halaman web mereka.Teknologi muat turun yang pantas serta teknologi IPTV yang membolehkan penonton menonton kandungan internet menerusi kacamata TV mereka sendiri.Pada waktu itu penonton akan terdedah kepada ribuan stesen TV dunia di kaca TV mereka ! Maka kandungan yang mencerminkan budaya,nilai serta cara hidup Malaysia yang berbilang bangsa adalah kandungan yang cukup sesuai untuk kita menarik perhatian penonton global yang lain.Ancaman akan menjadi peluang !
CARA UNTUK MENGATASI
• Pembangunan Media Baru (New Media)
• Mengenal Pasti serta membangun tenaga muda yang baru (Kreatif / Teknikal)
• Pengagihan Kontrak secara adil kepada serata penerbit/pengkarya tanpa pilih kasih sekaligus memecah monopoli segelintir pihak
• Pengagihan masa yang sesuai bagi penghasilan Kandungan kreatif
• Penghantaran mesej didalam kandungan haruslah bersifat indirect bukannya seolah olah PSA (Public Service Announcement)
• Pengendalian Penyelidikan mengenai apa sebenarnya para penonton mahu dari pengkarya/Penerbit
• Eksplorasi pelbagai tema / genre yang berlainan
Pendek kata.Jikalau benar 14 saluran baru akan direalisasi menerusi RTM Kami generasi muda penggiat seni sungguh yakin dan bersedia menerima cabaran bagi menerbitkan rancangan TV yang setaraf dengan saluran TV Swasta yang lain malah setaraf saluran antarabangsa sekiranya kami diberikan peluang yang sewajarnya !
SHANJHEY KUMAR
Pengarah Kreatif / Penulis Skrin
Popularity: 4% [?]
THrOw..OuTsiDe…Hehehe…COOol
SuPport Ah aHH Thr RAaga Ah aah Ahh…BEst Isei….
WORD!!!! Shanjey ur the maaaaynn!!
Hi , Mr Shanjey …..
I’m Rama Maheswaran , ingin menbuat satu telemovie yang berkonsepkan kan penyiasatan dan risikan di Malaysia . saya telah menbuat kajian yang rapi dari segi tontonan, teknikal , artis , make up , jalan cerita , lokasi , kenderaan dan sebagainya . Kita boleh mengambil drama dan movie yang setanding dengan drama dan movie dari india sekiranya penyelidikkan dilakukan secara ikhlas , teratur , jalan cerita yang menarik dan tersusun …serta perkongsian idea idea dari minda yang berlainan …..
saya ingin menghubungi En Shanjey ….
bagaimana …?
Facebook saya : rama maheswaran .